:: Menu Pilihan
Sila Klik Pilihan Anda
:: E MAIL

webmaster@ smkapmashoor.net

:: Kemaskini
2008
 
 

:: Berita : AIDILFIRI RIMUP, BERIMEJKAN KONSEP GOTONG ROYONG

22 OKTOBER 2008 - Berkonsepkan gotong-royong, Sambutan Aidilfitri Rimup 2008 diadakan dengan jayanya walaupun dalam suasana hujan. Tahun ini, pelbagai masakan seperti Laksa Penang, Cucur Udang dan beberapa jenis kuih raya dibuat secara gotong-royong oleh guru-guru, staff sokongan serta para pelajar. Acara Sambutan ialah ucapan pegawai PPD Pulau Pinang, ucapan pengetua, Persembahan pelajar SMK(P) Cina... Selanjutnya

:: Berita : HIJAU, TEMA MAJLIS PERPISAHAN TINGKATAN 5 2008

29 Ogos 2008: Bertempat di Hotel Paradise Sand Beach, Tanjung Bungah, Majlis Perpisahan Tingkatan 5 tahun diadakan dalam suasana meriah ditambahi dengan acara-acara yang lebih menarik dan berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Majlis yang dianjurkan oleh Kaunseling dengan kerjasama pelajar Tingkatan 4 itu turut dihadiri oleh Pengetua dan Penolong Kanan. Acara yang menarik perhatian ialah 9 peserta terpilih untuk meraih ratu 1991 dengan pertandingan catwalk, membuat persembahan dan sebagainya. Ratu dimenangi oleh Azeyati dari 5 Abrar. Selanjutnya

:: Berita : HARI KEUSAHAWANAN: RUMAH HANTU MUNCUL KALI PERTAMA

2 Ogos 2008 - Sambutan Hari Keusahawanan pada tahun ini meriah dengan penampilan usaha baru dalam mencari keuntungan bagi dana PIBG sekolah. Hari Keusahawanan tahun ini diadakan di perkarangan sekolah dengan gerai yang lebih banyak berbanding sebelum ini. Antaranya gerai BKGK dan PSS. Pelbagai acara menarik diadakan bagi memikat pelanggan terutama pihak ibubapa dan keluarga. Antara yang mendapat sambutan ialah Permainan Rumah Hantu yang dianjurkan oleh kelas 4 AKHTAR... Selanjutnya

:: Berita : HARI GURU, SIAPA GURU PALING POPULAR?

23 MEI 2008 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini meriah dengan penglibatan guru-guru terutamanya bagi acara permainan. Seperti tradisi, majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan solat hajat, kemudian perarakan dengan persembahan silat lincah kemudian perhimpunan bagi mendengar perutusan Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran. Seterusya acara permainan dimulakan dengan guru-guru lelak bertanding 3 kumpulan dalam melipat kain, memakai sampin dan memasukkan benang dalam jarum... Selanjutnya

:: Berita : AIDA NAQUIAH TERBAIK SPM DENGAN 12A1

17 MAC 2008 - Kejayaan dua kakaknya kesayangannya menjadi pembakar semangar kepada Aida untuk terus berusaha sehingga meraih keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini. Aida Naquiah merupakan pelajar terbaik SPM sekolah 2007 dengan memperolehi 12A1 dan 1B3. Kejayaaan beliau merupakan hasil dorongan ibunya, kakaknya serta tunjuk ajar guru-guru... Selanjutnya

:: Berita : SAIDAH NAFISAH MENCIPTA KEPUTUSAN CEMERLANG STPM

17 MAC 2008 - Saidah Nafisah binti Mohd. Firdaus Ang telah memperolehi keputusan 5A Prinsipal STPM baru-baru ini sekaligus mencapai terbaik STPM sekolah dalam sejarah dan antara yang terbaik di Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kepada seorang tukang kayu yang di tinggal di Tanjong Tokong telah berusaha bersungguh-sungguh berkat dorongan dan kepercayaan keluarga dan gurunya. Beliau bercita-cita untuk... Selanjutnya

:: Berita : KEPUTUSAN PMR 2007 MENCIPTA SEJARAH

28 Disember 2007 - Sekolah dikejutkan buat kali pertamanya dengan jumlah pelajar 9A dalam keputusan PMR 2007 sebanyak 40 orang. Jumlah ini sekaligus menjadikan pelajar-pelajar PMR 2007 terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun keseluruhan lulus adalah 99.71%. Manakala jumlah 8A pula sebanyak 18 orang, 7A sebanyak 14 orang, 6A 12 orang dan 5A 11orang. Pelajar 3 Iltizam, Nur Hazeerah Bt. Hashim... Selanjutnya

:: Berita : RUMAH SITI AISYAH MENCIPTA NAMA

1 Februari 2008- Seperti acara tradisi sekolah, merentas desa telah diadakan di taman belia dan kebun bunga dengan penglibatan semua pelajar. Bagi tahun ini, terdapat penyertaan daripada SMK St. George, SMK(P) Seri Mutiara dan SMK(P) Cina. Johan bagi acara ini ialah Nor Suhaili Johari dari rumah Siti Maryam. Kedudukan mata bagi rumah sukan ialah Siti Aisyah dengan..Selanjutnya

 
:: Berita Penting untuk Bekas Pelajar SMKA(P) AlMashoor ..Klik disini
:: Mesej Pilihan
MUAT TURUN

Hakcipta Terpelihara © 2008 SMKA(P) AlMashoor

DIBANGUNKAN OLEH: Webmaster>Hasrul Hashim, Nik Rafik Sani Nik Abdul Rahman.
PERHARGAAN: SMKA(P) AlMashoor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pegawai-pegawai BPPIM dan pegawai perunding kerana telah menyediakan tapak untuk laman web ini disamping bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa.TQ=)